Skip to Content

Percuma Website Tudung

Sertai Program Partnership Kami dan Kami jaga website selama 5 tahun


Whatsapp Us

Apa Itu Partnership Program?

  • HijabDesigners akan berikan satu website yang siap dengan produk kepada Partners.
  • Nama domain website dipilih sendiri oleh Partners.
  • HijabDesigners akan uruskan semua proses dari design tudung, terima order, print, jahit tudung, jahit woven tag jenama Partners sendiri, packing parcel dan postage kepada customers Partner.
  • Partners hanya perlu buat marketing dan promote kepada customer masing-masing. Customer beli tudung dan bayar kos shipping.
  • Tudung tersebut akan dijahit dengan woven tag jenama Partners. Tidak ada logo HijabDesigners pada tudung.
  • HijabDesigners akan terima duit bagi pihak Partners dahulu dan seterusnya akan tolak kos dan akan bank in keuntungan Partners setiap bulan seperti di jadual keuntungan di bawah.

Objektif Program

  • Memudahkan Partners untuk berniaga tudung jenama sendiri.
  • Menyediakan website kepada Partners.

Kelebihan Program

  • Dapat website yang siap dengan produk
  • Partners tidak perlu pening kepala nak fikirkan design
  • Partners tidak perlu ambil staff IT untuk masukkan produk ke website
  • Partners tidak perlu simpan stock. Boleh simpan kalau nak.
  • Partners tidak perlu ada fizikal store dan tak perlu bayar sewa
  • Partners tidak perlu modal yang besar untuk ada jenama sendiri
  • Partners tidak perlu fikirkan design baru setiap bulan sebab kita akan masukkan design baru setiap bulan.
  • Jimat kos photoshoot
  • Partners tidak perlu mengambil pekerja
  • HijabDesigners uruskan packing dan pengeposan
  • Ada banyak design cantik-cantik
  • Banyak design baru cantik-cantik setiap bulan yang ikut trend semasa
  • Ada macam-macam jenis tudung dari bawal, shawl, sarung, bawal awning etc
  • Ada banyak size tudung
  • Ada telekung travel dan baju kurung
  • Gambar dan video disediakan
  • Partners tidak perlu bayar kos hosting yang berharga ribuan ringgit setahun
  • Jimat kos payment gateway sebab kita gunakan satu payment gateway untuk semua website.
  • Tidak ada MOQ. Boleh print sehelai walaupun untuk sample ikut harga kos dalam jadual.

Siapa yang Sesuai Join Partnership Program?

  • Individu yang berminat untuk memulakan perniagaan tudung jenama sendiri
  • Kedai tudung online yang masih belum ada website
  • Persatuan yang berminat untuk tambah income Persatuan
  • Rumah kebajikan yang buat program beli sambil menderma
  • Surau atau masjid yang ingin menambah dana dan buat program beli sambil menderma
  • Penjawat awam yang ingin buat side income
  • Surirumah sepenuh masa
  • Individu yang berminat untuk mendapat 10% komisyen sebagai introducer
  • Brand owner
  • Artis dan influence

Apa yang HijabDesigners akan beri?

  • Satu website yang siap dengan produk tudung, Nama domain dipilih sendiri oleh Partners berdasarkan availability domain name.
  • HijabDesigners akan masukkan design baru setiap bulan. Design ini tertakluk kepada design HijabDesigners. Partners boleh request untuk design sendiri pada harga RM50 sejam.
  • HijabDesigners juga akan menyediakan gambar-gambar tudung dan video tudung yang bersesuaian untuk di postkan ke Instagram feed, reel dan story, whatsapp status dan tiktok.
  • (Gambar-gambar dan video ini tidak termasuk gambar atau video untuk design sendiri.)
  • Gambar-gambar ini akan dikongsikan di google drive dan group telegram.
  • (Link Telegram akan diberikan oleh Hijabdesigners )
  • HijabDesigners akan poskan tudung kepada customer pada setiap hari kecuali hari isnin. (Partners tidak perlu pergi pos.)
  • HijabDesigners akan uruskan kemasukan semua design tudung di website dan kita akan update untuk masukkan tudung/design baru di website. (Partners tidak perlu masukkan tudung/design ke website. )
  • Setakat ini kita ada lebih daripada 2,500 tudung/design di website.
  • Kotak tidak disediakan, Sekiranya Partners mahukan kotak, HijabDesigners akan berikan contact number syarikat yang bekalkan kotak dan boleh berhubung sendiri dengan syarikat tersebut. kos dibayar sendiri. Sekiranya ada kotak, kami akan masukkan sekali kotak semasa packing dan postage.
  • Partners perlu ikut harga yang ditetapkan oleh HijabDesigners kecuali tudung design Partners sendiri.
  • HijabDesigners menyediakan payment gateway website. Customer boleh buat pembelian terus di website dan boleh bayar menggunakan FPX ie maybank etc, debit card, credit card, paypal, Alipay dan banyak lagi.
  • HijabDesigners akan cuba naikkan rating website Partners di Google melalui SEO.

Sistem Website Partners

  • Kami menggunakan system collective database. Bermakna satu database design dikongsi dengan banyak website.
  • Partners tidak akan diberi akses kepada backend website.
  • Partners tidak mempunyai kebebasan untuk edit website.
  • Partners perlu ikut harga produk yang ditetapkan oleh HijabDesigners kecuali tudung design Partners sendiri.
  • Partners tidak boleh demand HijabDesigners untuk sediakan video khas untuk seorang Partners sahaja. HijabDesigners akan sediakan 1 video untuk kesemua Partners.
  • HijabDesigners boleh ajar Partners untuk cara untuk buat video menggunakan apps Premiere Rush dan Vivavideo di telefon bimbit sekiranya Partners hendak membuat video sendiri.
  • Design tudung ini akan dikongsi dengan 100 website Partners. Bermakna 100 jenama ada design yang sama kecuali design sendiri tidak akan dikongsi dengan Partners yang lain.
  • Partners tidak boleh claim copyrights terhadap design-design tersebut dan copyrights adalah milik HijabDesigners.

Apa yang Partners Perlu Buat?

  • Partners tidak perlu buat apa-apa kecuali promote website masing-masing kepada kawan-kawan dan customer Partners. Selebihnya akan diuruskan oleh HijabDesigners.
  • Partners perlu buat marketing sendiri.
  • HijabDesigners akan berikan satu sesi training untuk Partners tentang cara mudah untuk posting di social media setiap hari.

Boleh masukkan product sendiri ke website masing-masing?

  • Partners juga boleh memasukkan tudung/design sendiri ke website masing-masing. Kami akan masukkan ke website Partners. Design sendiri hanya akan ada di website masing-masing dan bukan di website lain.
  • Kos untuk memasukkan 1 produk ialah RM20 bagi setiap design untuk menampung gaji staff IT kami.
  • Bagi design sendiri yang hendak dimasukkan ke website, diwajibkan ada gambar cantik. Kami boleh buatkan mockup dengan bayaran mockup serendah RM5 per mockup.

Jadual Keuntungan Mengikut Item

Kenapa Perlu Join Partnership?

  1. Program Partnership ini adalah satu investment yang menguntungkan. Berikut adalah pengiraan keuntungan mengambilkira Partners menjual minima sehelai tudung sehari.

Keuntungan sehelai tudung bawal Cotton Voile Premium Bidang 45 = RM15

Dalam masa sebulan RM15 x 30 = RM450

Dalam masa setahun RM450 x 12 = RM5,400 (Balik modal dalam masa 1 tahun)

Dalam masa 5 tahun RM5,400 x 5 = RM27,000 (Partnership Program ini sah selama 5 tahun.)

Keuntungan Partners RM27,000 - RM5,000 = RM22,000 (Keuntungan dalam 5 tahun sekiranya menjual satu helai tudung sehari)

 

​2. Ada website atas nama sendiri


Website Dilengkapi Dengan Sistem Dropship

Partners boleh ajak kawan-kawan join dropship Partners. Untuk sistem dropship, dropship akan tolong jual tudung untuk partners. Partners perlu berikan code coupon kepada dropship. Dropship akan mendapat komisyen sebanyak 20%.

Kami boleh manage dropship untuk Partners. Sekiranya Partners hendak kami manage dropship, kami akan masukkan dropship ke group telegram dropship tudung. Boleh click link di bawah untuk join group telegram dropship tudung.

Group Telegram Dropship Tudung

Sekiranya Partners nak buat program dropship, kami akan masukkan page drosphip di website Partners.

Bayaran yang terlibat

  • Partnership Fees RM4,999 per website sah untuk 5 tahun. (Now promo Rm2,999 sehingga 30 Jun 2024 sahaja)
  • Partnership Fees Renewable setiap 5 tahun.
  • Yuran tahunan RM300 setahun
  • Kos hosting RM100 setahun
  • Kos Woven tag (ikut kegunaan) 500pcs RM200
  • Price tag (ikut kegunaan) 10 box RM59