Kos Design Tudung

Sekiranya Puan print di kilang printing kami di Bangi Sentral, bayaran upah design tudung hanyalah RM50 sejam bagi jam yang pertama dan RM30 bagi jam yang seterusnya. 

Kebiasaannya Designer kami hanya mengambil masa sejam sahaja untuk design kerana beliau adalah pakar dalam bidang design tudung. Sekiranya design tersebut kompleks dan memerlukan masa 2 jam, bayaran adalah RM50 + RM30 sahaja.

Puan hanya boleh print design tersebut di kilang kami sahaja. Sekiranya Puan hendak print di kilang lain, Puan perlu membayar RM200 untuk satu design.

Sekiranya Puan tidak print di kilang printing tudung kami di Bangi Sentral, upah design untuk 1 design adalah RM200. Design-design ini adalah exclusive. Bermaksud hanya Puan seorang sahaja yang guna design ni. Kami tidak akan bagi design ni kepada orang lain.


Gambar Mockup Tudung

Kami ada menyediakan perkhidmatan gambar mockup tudung serendah RM5/gambar sahaja. Gambar mockup ini dapat menjimatkan kos photoshoot yang menelan belanja ribuan ringgit.